Wednesday, July 10, 2013

~Program PIBP bulan Jun~ Pertandingan Bowling & Sambutan Hari Bapa PAPN Bagan Pinang 2013~


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali untuk program bulanan iaitu Bulan Jun dimana PIBP Bagan Pinang telah bersepakat untuk meraikan Hari Bapa dengan mengadakan pertandingan Bowling di Pusat Bowling The Store, Port Dickson. Pertandingan Bowling ini telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 22 Jun 2013 dari  jam 2.00-5.00 petang. Program ini dihadiri oleh 19 buah  keluarga dan 4 orang pendidik serta ahli keluarga yang lain untuk sama-sama memeriahkan program yang dijalankan. Para ibu bapa dan pendidik telah dibahagikan kepada 9 kumpulan dengan adil dan saksama iaitu dengan mengadakan cabutan undi. Pertandingan Bowling ini menyediakan pelbagai hadiah menarik yang disumbangkan oleh PIBP dan individu berupa hamper kepada mereka yang berjaya menjatuhkan jumlah bilangan pin paling banyak dalam acara berkumpulan, individu lelaki, individu perempuan dan pendidik terbaik. Tidak lupa juga bagi yang kalah, masih ada hadiah untuk mereka  di mana terbahagi kepada dua iaitu kumpulan tercorot dan pendidik tercorot dalam mengumpul bilangan jatuhan pin yang paling sedikit. Walaupun kalah masih boleh lagi mendapat hadiah khas dari PIBP Bagan Pinang.

TERBAIK
 Kumpulan     :   Kumpulan 5
 Individu (L)   :   En. Nordian (ayah kepada Qaseh Nur Ain, 4 tahun)
 Individu (P)   :   Puan Noorme (ibu kepada Hafiyah, 3 tahun)
 Pendidik        :   Teacher Nadiah

TERCOROT
Kumpulan       :   Kumpulan 6
Pendidik         :   Teacher Afi

Tahniah kepada mereka yang menang dan yang tercorot kerana berjaya menguasai pentas bowling pada hari berkenaan. 

Penyelaras bagi program ini adalah Teacher Eja dan diketuai oleh En. Mohd Faizol.     

DI HARI PERTANDINGAN DAN SAMBUTAN HARI BAPA
     

Wah!! Abang-abang bercerita tentang markah ke?? hehe..


Orang kuat untuk menguruskan hadiah Pn.Malia dan Pn.Mimi!! Hamper dan hadiah untuk para pemenang.


Tagging nombor, takut yang juara dapat hamper kecil pula.


Pn. Ayu dan Pn. Aina bergambar sebelum pertandingan bermula


Pandang siapa tu Pn. Aina??


Pn Aini termenung fikirkan apa tu??


Wahh..!! En. Yusrizam dan En.Sufian bg pose dulu sebelum game bermula .


Teacher Afi dan Qaliesha serta ibunya Pn.Kamariah :)


PEACE!!!


Masing-masing sibuk tengok bola bowling kat depan , tapi kenapa ibu Qaliesha dan ibu Qaseh pandang belakang?? hehe..


Perghhh... Gaya Sang Juara... heheh


Itu dia, Teacher Nadiah serta ibu bapa sedang melihat balingan dari En Sufian.


pertandingan berjalan dengan lancar.


Tersenyum gembira Pn. Mimi dan Teacher Eja


Rehat Time!


Wah Pn. Ayu semangat pegang bola tu.


Pening kepala Puan Aini tengok markah . hehe


Kenapa Aqil menangis tu??


Wah!! Fokus sungguh Teacher Eja nak baling bola bowling. Teacher Afi sengih je kenapa?



En. Mohd Faizol peace yo!


Track Bowling


semangat sungguh ibu mengandung men bowling



Gaya, Mutu, Keunggulan!


Family Bahagia


Shasha dengan ibu tersayang Pn.Aina


Kenapa tutup mata tu Ridhwan???


"Teacher Afi cuba tengok tu Teacher Nadiah, markah dia tinggi tu" kata teacher Eja... heheh


Ape tengok-tengok? hehe.. smile!!! iklan colgate..hehe



Teacher Nadiah nak berdancing dengan Aliff Hanan ke??



Hadiah yang menarik untuk dimenangi..




Selamat Hari Bapa kepada semua Para Bapa PAPN Bagan Pinang!!















Tibalah masa yang dinanti-nantikan!! pengumuman pemenang!!


Ayah Afiq Iman, En. Fadzli tempat ketiga!



Ayah Mia Zaara, En. Marzuky tempat ketiga!



Wakil dari Family Aisyah untuk ambil hadiah.


Ayah Shasha, En. Abdullah pemenang tempat kedua bagi kategori kumpulan.


Isteri ketua program yang menang, hehe.. Pn. Hasni tempat kedua  bagi kategori kumpulan.


Ibu Hafiyah Pn.Noorme, tempat kedua bagi kategori kumpulan.


Teacher Nadiah menang tempat kedua  bagi kategori kumpulan.


Ibu Aqil, Pn Aida menang tempat Petama bagi kategori kumpulan.



Ayah Saffiah, En. Sufiana menang tempat pertama bagi kategori kumpulan.


Teacher Eja, menang tempat pertama bagi kategori kumpulan.


Markah tercorot, Kumpulan 6, ibu Qaseh iaitu Pn Malia mengambil hadiah yang diterimanya.


Pn.Mimi  dari kumpulan 6 


Teacher Afi dari kumpulan 6


Pn Kama dari kumpulan 6


Juara individu Lelaki En. Nordian


Juara individu Perempuan, Pn. Noorme


Juara markah tertinggi dikalangan teacher dimenangi oleh Teacher Nadiah.


Amboi, kalah pon dapat juga. Markah paling tercorot dikalangan teacher dimenangi oleh Teacher Afi.. hehe



hadiah untuk bapa. Aqil nak bagi ayah ye?


Pandai pon Aqil cari ayah.. Good boy!!


Amzar bagi ayah ye..




Good la Mia , bagi present kat ayah..


Malu-malu pulak Shasha nak bagi hadiah. hehe





No comments:

Post a Comment