Thursday, July 15, 2010

Majlis Bacaan Yassin & Mesyuarat PIBP kali ke-7

Pada 8/7/2010 yang lalu telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Mesyuarat PIBP kali ke 7. Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat yang last sebelum Bulan Ramadhan 1413H. Antara agenda yang telah diperbincangkan: post mortem LASBELA ke Taman Botani, pembentangan kewangan bulan Jun, Majlis Sambutan Ramadhan Al Mubarak dan pembentukan AJK Majlis Graduasi 2010.

Pada mesyuarat ini juga, Teacher Mala telah meminta Encik Syukor, selaku Pengerusi PIBP Sesi 2010 untuk mengetuai bacaan Akujanji IbuBapa PERMATA. Ini berikutan penglibatan ibubapa yang makin merosot.... Hmmh...mana-mana parents yang penglibatannya tidak begitu memberangsangkan.. cepat2 lah cover ek...nanti tak dapat award of the year...kang nangis lakkkk....

Ha...sesi makan-makan la pulak...kami menjamu selera dengan pelbagai juadah yang dibawa secara potluck... ada murtabak maggi special, mee goreng sponsored by Mama & Papa Dani Haziq, Nasi goreng tom yam, kuih bakar, seri muka, popiah, kek pisang, karipap tembikai...n tak ketinggalan kacang kuda, bahulu...pelbagai kerepek...

Kaum-kaum ibu ni kalu makan, memang tak ingat dunia...lebih-lebih lagi makan sambil posiiiing.... ambo mama Wani... seronok betul dapat kek pisang... Mama Zarin relax jer menikmati juadah....
Okaylah....semuge kemesraan yang terjalin ini berkekalan lah hendaknye yea... n sekali lagi pesanan pada ibu ibu bapak bapak...jangan lupe yea menambahkan jam aktiviti penglibatan anda...oaky... chow...

No comments:

Post a Comment