Thursday, March 18, 2010

Latihan Praktikal oleh YPKT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar pembaca semua? Harap semua sihat dan ceria selalu. First of all, teacher minta maaf atas kelewatan mengemaskini blog. Maafkan kesibukan kami. Baiklah, kita sambung berita terkini aktiviti yang telah berlangsung di PERMATA Bagan Pinang sepanjang minggu pertama dan kedua :-

1) Tema bulan Mac adalah PERMATA Saya. Terdapat 5 sub tema dibawahnya iaitu minggu pertama adalah PERMATA saya, minggu kedua adalah KAWAN saya, minggu ketiga adalah WARNA saya, diikuti BENTUK saya dan minggu terakhir adalah revision.

2) Kedatangan Teachers Praktikal dari YPKT (Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu) selama 2 minggu bermula 1 Mac - 12 Mac 2010.

Terima kasih diucapkan dan penghargaan kepada teachers praktikal yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam mendidik dan menjaga anak - anak. Walaupun hanya cuma 2 minggu, tetapi tempoh tersebut telah digunakan sebaiknya untuk bertukar dan berkongsi ilmu. Teachers praktikal telah menjalani dan menguruskan aktiviti PERMATA untuk tema minggu 1 dan minggu 2. Kami paparkan gambar dalam kenangan aktiviti bersama teacher praktikal.















No comments:

Post a Comment