Friday, October 29, 2010

SEPTEMBER THEME: TRANSPORTATION

Minggu ni, anak-anak diperkenalkan dengan kenderaan yang terdapat di dalam air. Hari ini mereka berpeluang membuat kapal layar mereka sendiri dengan menggunakan kertas, plastik, kayu lidi & gabus. Setelah berjaya menyiapkan kapal layar masing-masing... apa lagi.. jom ke kolam, kita layarkan kapal-kapal kita ni....




Keesokan harinya, anak-anak Teacher Elly akan melihat bot secara 'life' pulak setelah puas bermain kapal layar kertas mereka. Anak-anak Teacher Elly teruja sungguh bila diberitahu akan ke tepi pantai untuk melihat bot-bot nelayan. Dengan bantuan Puan Azah, ibu Wani, kami bertolak dengan menaiki dua buah kereta.


"Dayung sampan...dayung..dayung sampan... sampan ku dayang sampai ke negeri Cina."


"Apa yang penting...kerjasama..."

"Teacher ada ball..."
"No, it's not ball. It is a buoy. It makes the boat floating..my dear."


"And darling dear, this is net...the fishermen use the net for catching fish"

Anak-anak dapat melihat pelbagai jenis boat. Iqbal kata, "Teaacher, tengok bot ni ada penutup la..." Teacher jawab, "Yes, Iqbal. It helps to give shade to fishermen. So they won't get so hot or wet during rainy days."

Bila Teacher Elly beritahu ini adalah enjin motorbot, Iqbal dengan selamba menjawab, "Enjin dekat kereta je lah teacher....." Teacher hanya menyengihkan dirinya sambil berkata, "Iqbal...Iqbal...."

"Anak-Anak PERMATA negara"




Wednesday, September 29, 2010

Suatu hari menjelang Syawal 1432H

Aktiviti Hari Kebangsaan Ke 53

Sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan tanahairnya, kami mempunyai cara yang tersendiri untuk menyambut kemerdekaan negara. Pelbagai aktiviti telah kami lakukan di sepanjang bulan kemerdekaan ini. Kami bersungguh-sungguh di dalam setiap aktiviti kami demi membuktikan ketaatan dan kesetiaan serta kasih kami yang tidak berbelah bagi kepada negara MALAYSIA. Aktiviti-aktiviti yang kami lalui seperti mengetahui cara hidup 3 kaum terbesar di Malaysia; Melayu, Cina & India, mewarnakan Jalur Gemilang, membuat kolaj pakaian tradisional Malaysia, bunga kebangsaan dan sebagainya. Berikut pula merupakan aktiviti yang sempat kami 'snap' gambarnya....



Kelas Teacher Elly dengan 'puzzle Jalur Gemilang'



Projek Mewarnakan Banner Sambutan Hari Kemerdekaan yang telah dilakarkan oleh Teacher Elly, diwarnakan oleh anak-anak & pendidik PAPN Bagan Pinang, ditouch upkan oleh Teacher Mala...
Inilah hasil sentuhan pendidik & anak-anak PAPN Bagan Pinang..
Anyway, Happy 53rd Birthday To Our Loving Malaysia...We Love Malaysia......

Posted by Picasa