Wednesday, June 23, 2010

Rombakan Kelas Anak - anak Permata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bermula 5 Julai 2010, kelas - kelas yang sedia ada telah dirombak dan dijadualkan semula mengikut senarai dibawah :-





background image credited to Funz-Funz

Tuesday, June 22, 2010

Mengecop daun

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia dan 1Permata

Apa khabar semua? Diharapkan semua sihat dan gembira bersama keluarga tersayang. Baiklah seperti kebiasaan, aktiviti Permata kali ini adalah mengecop daun. Aktiviti ini menekankan perkembangan kreativiti dan estetika kanak - kanak dalam menghasilkan seni mengikut kreativitinya tersendiri. Seperti biasa juga, anak - anak PERMATA memang cerdik dan bijak untuk membuat hasil seni. Keterujaan untuk membuat itu terserlah diwajah anak - anak dan yang pasti mereka ingin sekali mencuba untuk melakukannya. Oleh yang demikian, teacher kongsikan gambar yang sempat diambil ketika aktiviti sedang berjalan. Semoga terhibur.









Jemputan ke Malam Senandung Kejayaan


Sebuah majlis BBQ "Malam Senandung Kejayaan" akan diadakan pada rabu ini bertempat di perkarangan PAPN Bagan Pinang. Majlis diadakan untuk menyambut hari ibubapa dan pendidik serta majlis perpisahan pendidik KPLI. Semua ibuayah serta seisi keluarga dijemput hadir. Bayaran hanya RM20 untuk seisi keluarga. Turut dijemput pendidik praktikal dari KEMAS. Semoga kehadiran anda dapat memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh pendidik. Jumpa disana :)