Tuesday, March 9, 2010

Mesyuarat PIBP (versi adhoc)

Perhatian kepada semua ibu ayah, mesyuarat akan diadakan pada:-

Tarikh: 9 Mac 2010
Hari: Selasa
Masa: 5 petang
Tempat: PAPN Bagan Pinang

Kehadiran dan komitmen ibu bapa dalam setiap perjumpaan adalah DIWAJIBKAN

Agenda:
1) Membentangkan usul majlis sambutan hari keluarga
2) Hal berbangkit

Kerjasama dari pihak ibu bapa amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Thursday, March 4, 2010

DARI MEJA KP ; )

Salam buat ibu ayah PERMATA sekalian...

Seronokkan...??? bila kita tahu kita pregnant...waktu itu adalah kenangan terindah...sepanjang tempoh itu kita jadi suri dalam rumah..yelah nak apapun pasti dipenuhi oleh suami kannn..

Sesungguhnya tempoh mengandung adalah suatu tempoh yang paling penting untuk pembesaran anak-anak kita secara mental dan fizikal. Sepanjang kehamilan aspek kerohanian dan adab penting diambil kira kerana ia menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan. Tingkah laku dan perasaan seorang ibu sewaktu mengandung mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan sikap & jiwa anak-anak kelak...

Oleh yang demikian...kalau kita nak anak yang soleh & solehah...sama-samalah kita berusaha untuk jadi suami yang soleh dan isteri yang solehah dulu...kerana secara logiknya buah kelapa takkan keluar daripada pokok durian... betul tak...???

So keturunan dan zuriat yang baik akan terhasil dari benih yang baik...sama-sama kita jadi bangsa yang lebih bertamadun, cemerlang, gemilang & terbilang...Insya ALLAH...

Wednesday, March 3, 2010

Mesyuarat PIBP kali ke-3 24 Februari 2010

Mesyuarat PIBP PAPN Bagan Pinang telah diadakan pada minggu lepas bagi membincangkan agenda/isu berbangkit. Antara agenda yang dibincangkan adalah :-

  • Jam penglibatan ibu bapa selama sejam dalam seminggu
  • Kehadiran anak - anak ke PERMATA
  • Notis pemberitahuan ketidakhadiran anak ke PERMATA
  • Laporan kewangan
  • Laporan penglibatan ibu bapa bagi bulan Februari
  • Program Bulan Mac iaitu Hari Keluarga dibawah penyeliaan Teacher Mala sebagai project advisor, membincangkan tempat, tarikh, masa dan tema serta pembahagian AJK
  • Pembubaran/Penamaan semula calon AJK PIBP
  • Peti Cadangan untuk ibubapa mengutarakan pendapat, cadangan, komen dan aduan.
Antara cadangan atau komen yang diutarakan oleh pihak ibubapa:
  • Kontrak makanan
  • Cadangan pemudahcara bagi mengisi jam penglibatan ibubapa selama sejam
Kesimpulannya, mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan respon yang diberikan oleh pihak ibubapa sangat memberansangkan. Komen-komen dan cadangan serta aduan yang dibuat akan diberi perhatian. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada PAPN Bagan Pinang. Semoga PAPN Bagan Pinang menjadi yang terbaik pada masa hadapan.