Saturday, January 16, 2010

13/01/10 - Nature Walk di Pantai P.Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Hai semua! Hari ini anak anak Permata B.Pinang buat pertama kalinya pergi Nature Walk di P.D beach. Sesungguhnya, pantai di P.D ini sangat bersih. Lautnya ibarat crystal clear hehe. Back to the story, anak anak pergi dengan menaiki kenderaan teacher. Sampai disana, semuanya sangat teruja. Ada yang melompat2, ada yang dah x ingat beratur. Lupa segala pesanan teacher masa di taska. Tetapi ada juga yang takut - takut. Tujuan nature walk ini adalah untuk anak - anak merasai dan mengenali alam sekitar dengan lebih dekat dan maujud. Ia juga untuk meningkatkan tahap kendiri dan keyakinan anak - anak untuk berada (sentuh,lihat dan rasa)di persekitaran yang jarang mereka lawati. Sambil itu, emosi kanak - kanak lebih ceria, bersemangat dan wujudnya semangat persahabatan dan kerjasama. Baiklah, gambar - gambar dibawah untuk tatapan semua. Have fun :)



12/01/10

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hari ini aktiviti berjalan mengikut kumpulan teacher masing - masing. Aktiviti hari ini adalah mengenali anggota badan pada wajah iaitu mata,hidung,telinga,mulut,gigi dan rambut.

Group T.Oshin


Group T.Amy


Group T.Elly

11/01/10 - BOY vs GIRL

Assalamualaikum,

Baiklah, aktiviti hari ini adalah membezakan jantina iaitu BOY or GIRL. Anak anak T.Elly, Oshin dan Amy telah digabungkan dan dibentukkan dalam kumpulan mengikut jantina masing-masing. Pada mulanya, agak sukar nak memahamkan anak - anak ini siapa itu BOY or GIRL. Masih keliru gitu. Teacher buat example antara Iqbal dan Athirah/Adawiyyah dengan menggunakan pakaian. Lepas itu, kami sing-a-song yang bertemakan BOY or GIRL. Harap2 lepas ni anak anak dapat memahami dan membezakan jantina diri mereka. Selepas itu, teacher lakarkan example badan atas kertas and anak anak mewarna mengikut dalam kumpulan masing - masing. As usual, here are some pictures taken during activity. Enjoy :)