Monday, January 27, 2014

Program bulan November ~ Pertandingan Mencipta Buku Gergasi dan Program Hoery-Horey PERMATA anjuran Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri

Sepanjang bulan November 2013, telah diadakan pertandingan mencipta buku gergasi yang disertai oleh para ibu bapa Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang. Pertandingan ini disertai oleh seramai 24 buah keluarga dan seramai 5 pemenang utama telah dipilih dan 5 lagi saguhati daripada kesemua penyertaan. Pada mulanya, kesemua mereka berasa tidak yakin untuk menyiapkan buku tersebut. Tetapi setelah diberikan panduan, para ibu bapa berjaya melakukannya dengan baik sekali. Alhamdulillah. Berkat usaha mereka ini berbaloi apabila kanak-kanak seronok membaca buku gergasi yang baru itu.

10 buku gergasi terbaik telah dipilih dan dibawa ke Program Horey-Horey PERMATA anjuran Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Berikut merupakan nama pemenang bagi Pertandingan Mencipta Buku Gergasi Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang 2013 :

1. Qaseh Nurain binti Nordian
2. Muhammad Afiq Iman bin Fadzli
3. Muhammad Farish Daniel bin Mohd Hafez
4. Muhammad 'Aisy Naufal bin Zainuddin
5. Nur Qaliesha Damia binti Yusrizam

Saguhati:
  • Muhammad Aqil bin Mohd Azizan
  • Noor Shamshafiyya binti Hisham
  • Muhammad Ridhwan bin Amran
  • Marsha Irdeena binti Mohd Dzulandy
  • Muhammad Aliff Qausar bin Zulazuri

Program Horey-Horey PERMATA telah diadakan pada 30 November dan 1 Disember 2013. Program yang dihadiri oleh tetamu kehormat, YAB. Datin Seri Paduka Rosmah binti Mansur ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dan para pelancong yang datang ke Teluk Kemang, Port Dickson. Turut menghadiri majlis ini juga adalah Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Pada hari pertama, telah diadakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan ibu bapa seperti sukaneka dan aktiviti-aktiviti indoor. Aktiviti yang berjalan sepanjang hari itu dikendalikan oleh staf-staf dari Bahagian PERMATA serta para pendidik dari Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) seluruh Negeri Sembilan. 

Pada hari Ahad, rombongan dari PERMATA Negara seluruh Negeri Sembilan telah tiba seawal jam 7.30 pagi. PAPN Bagan Pinang telah ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti di Sudut Literasi dan Main Peranan. 

Teacher Afi sedang bercerita kepada kanak-kanak

Pendidik PAPN Bagan Pinang bersama rakan pendidik dari PAPN lain

Para pendidik PERMATA Negara
Sesi menghias kek cawan

Tetamu Kehormat yang menghadiri Program Horey-Horey PERMATA

Pengacara Jemputan, Lan Pet Pet
Para ibu bapa dari PAPN Bagan Pinang

Pandainya dia hias kek

Pengunjung yang mengambil peluang untuk membaca buku bersama anaknya

Penaung Program PERMATA Negara, YAB. Datin Paduka Seri Rosmah Mansur

Buku Gergasi hasil ciptaan para ibu bapa PAPN Bagan Pinang 2013
Sudut Literasi yang dihasilkan oleh para pendidik PAPN Bagan Pinang

Antara buku-buku yang terpilih 10 terbaik


Sedang menyusun atur untuk slot seterusnya

Ramai juga yang seronok mencuba untuk menghias kek cawan
Sesi belajar teknik mengurut bayi

Adik ini pun tidak melepaskan peluang untuk mencuba pakaian beragam

Semuanya fokus mendengar

Ucapan daripada tetamu kehormat

Teacher Eja sedang melayan kanak-kanak membelek buku
  

Bersedia untuk slot bercerita menggunakan 'figurine'

Aktiviti bersama pendidik-pendidik PAPN Rantau

Para pendidik PAPN Bagan Pinang

Menteri Besar Negeri Sembilan sedang mengiringi YAB Datin Seri Paduka Rosmah binti Mansur

Antara yang hadir

Teacher Eja sempat posing

Teacher Nadiah bersama keluarga Qausar dan Afiq Iman

Chef cilik sedang menghias kek


Kaunter pendaftaran sukaneka

Friday, January 24, 2014

Lawatan ke Muzium Tentera Darat Port Dickson ~ 27 Oktober 2013

Lawatan ke Muzium Tentera Darat Port Dickson

Pada 27 Oktober 2013, lawatan sambil belajar ke Muzium Tentera Darat telah diadakan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang suasana kerja seorang tentera darat. Melalui lawatan ini, kanak-kanak dapat melihat pelbagai khazanah yang unik yang berkaitan dengan tentera darat. Seramai 43 orang telah menyertai lawatan ini iaitu pendidik, ibu bapa dan kanak-kanak. Di situ juga kanak-kanak berpeluang untuk menaiki kenderaan tentera darat dan dapat merasai pengalaman menaiki jambatan gantung. Program yang dipantau oleh Cik Rafidah Misran atau dikenali sebagai Teacher Afi telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Semua sedang bersedia untuk masuk ke dalam

Ibu Syasya seronok nampaknya

Sebahagian daripada mereka yang menyertai lawatan ini

Iffah bersama ayahnya

Jom masuk!!!

Teacher Fizah sedang menulis di dalam rekod pelawat

Suasana di dalam muzium

Mama Arissa dan papa Alia bersama anak amsing-masing

Gambar yang menceritakan tentang sejarah

Teacher Afi dan Teacher Eja pun nak join bergambar

Ramai pula yang nak join bergambar

Ada lagi

Marsha dan Qausar

Senapang

Ha....cuba teka apa ni?

Masing-masing tekun meneroka

Antara kenderaan yang ada

Kenderaan lagi

Banyaknya senjata

Jom nak jambatan gantung


Teacher Nadiah dan Hafiya

Aliff baru berumur 2 tahun tapi berani naik jambatan gantung

Ni Afiq ke ibu yang takut?

Aisy bersama ibu dan kakaknya

Teacher Fizah di sebalik dedaunan

Sebelum balik, jom bergambar

Kami enjoy

Kenangan

Ibu-ibu dan Teacher Nadiah

Mama Aqil dan ibu Qaliesha di bawah sambil mendukung Aqil
Tahun 2014 nak pergi mana pula ye? Hehehe....