Tuesday, March 19, 2013

AKTIVITI BULAN FEBRUARI ~ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Bertempat di Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 23 Februari 2013. Sambutan yang disertai oleh para ibu bapa, pendidik dan anak-anak PERMATA ini mendapat sambutan yang amat baik. Perarakan sambil berselawat berjaya dilakukan mengelilingi Taman Desa Pinang, iaitu tempat di mana terletaknya PAPN Bagan Pinang. Program yang diketuai oleh Encik Abdullah iaitu ayah kepada Nur Zharifah Syahirah ini dan dipantau oleh Teacher Balqish dan mendapat sokongan daripada AJK PIBP kumpulan A.

Banner yang disumbangkan oleh Kurnia Cerana Enterprise. TQ

Sehari sebelum majlis berlangsung, anak-anak PERMATA dan kaum ibu bergotong-royong memotong daun pandan untuk dibuat bunga rampai.

Anak-anak 3 dan 4 tahun tekun memotong daun pandan

Smile

Farish, Amirah, Haziq dan Aqish

Alia, Iffah dan Farish

Haziq, Aqish dan Qaseh




Damia menggunting


Damia

Mia Zaara


Haiqal dan Afiq

Afiq dan Marsha

Syahmie


Ridhwan dan Syahirah


Bunga rampai yang sudah siap dipotong halus

Pada hari Jumaat itu juga, beberapa orang ibu dari kumpulan A datang menyiapkan goodies dan bunga telur untuk para tetamu yang hadir. Terima kasih kepada mama Mia Zaara dan mama Aliff Hanan kerana menyumbangkan goodies dan bunga telur. 

Acara pada pagi Sabtu bermula pada jam 8.00 pagi. Ibu bapa dan anak-anak segak berbaju melayu dan berseri-seri dengan baju kurung.

Saffiyya dan ummi

Aliff dan mama










































Para ibu bapa membawa pelbagai juadah seperti bihun goreng, nasi lemak, kuih-muih dan macam-macam lagi. Selepas perarakan, para ibu bapa dan anak-anak menjamu selera juadah yang ada. Setelah tamat majlis, para ibu bapa dan pendidik bergotong-royong mengemas dan membersihkan kawasan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.


AKTIVITI PIBP BULAN JANUARI 2013

Sepanjang bulan Januari, ibubapa bersama-sama menghias sudut di PAPN. Aktiviti ini dilakukan pada sebelah petang sewaktu anak-anak sudah pulang dan ada juga yang melakukannya pada waktu malam. Untuk aktiviti ini, ibubapa dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kelas anak masing-masing. 

Kaum bapa anak-anak 4 tahun

Fokus!

Kerjasama yang baik di kalangan mereka. Alhamdulillah
Ummi Saffiyya sedang membuat buaian

Awan biru oleh mama Aqil

Tekunnya :)

Sudut Sahsiah, Emosi oleh ibubapa anak-anak 2 tahun

Kreatif


Mama Mia Zaara pun bantu juga walaupun anaknya berumur 3 tahun
 Akhirnya, dengan kerjasama yang baik dari semua ibubapa, maka terhasillah sudut-sudut ini.
Sudut Literasi oleh ibubapa anak-anak 4 tahun
Sudut Pra Matematik oleh ibubapa anak-anak 3 tahun
Sudut Sosioemosi oleh ibubapa anak-anak 2 tahun

 Tahniah kepada semua ibubapa yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Sumbangan anda semua sangat bermakna terutamanya kepada kanak-kanak. Sekolah ceria, kanak-kanak pun gembira.

Thursday, March 14, 2013

Birthday Party Hafiya Danisya & Haiqal Danial




Pada 15 Februari 2013, Hafiya dan Haiqal menyambut hari jadi mereka yang ke-tiga bersama kawan-kawan di sekolah. Pelbagai juadah telah disediakan oleh ibu Hafiya dan ibu Haiqal. Antaranya adalah mee goreng, keropok ikan, tembikai dan air oren. Berselera anak-anak PERMATA makan. 
 
The Birthday Cake
Birthday Girl & Birthday Boy
Sesi memotong kek


Teacher Balqish bersama Pn Nurshazila (ibu Imani)

Babah Imani melayan kawan-kawan Imani

Juadah yang enak

Mari makan

Irdeena dan Imani

Sedapnya

Keropok pun sedap

Shamshafiyya & Aliff Hanan