Wednesday, August 15, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Pada 11 Februari 2012 (Sabtu), telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul anjuran Surau Taman Dato' Abdul Samad yang terletak di Bagan Pinang, Port Dickson. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari seperti Pertandingan Berzanji, Pertandingan Mewarna dan lain-lain. Tidak lupa juga acara wajib iaitu perarakan yang diadakan di sekitar taman berdekatan yang bermula seawal 7.00 pagi. Perarakan ini disertai oleh Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata Hati, PAPN Bagan Pinang dan beberapa lagi kumpulan perarakan lain. Seramai 35 orang  ibubapa dan penjaga, 23 kanak-kanak dan 6 orang pendidik serta pembantu pengurusan murid yang terlibat dalam perarakan ini. 

Yang paling istimewanya, anak-anak Permata berjaya menamatkan perarakan bersama-sama dengan kumpulan perarakan yang lain. Sehari sebelum majlis berlangsung, para pendidik dan ibubapa serta  anak-anak Permata sama-sama membuat persiapan seperti membuat bunga rampai, bunga telur dan membuat cenderahati untuk para tetamu.

"Teacher tolong ye, Zakiah" kata Teacher Eja
Anak-anak Permata sedang memotong daun pandan untuk dibuat bunga rampai bersama Teacher Eliz dan Papa Alia, Encik Azly


Ayah Furqan, Encik Jalaluddin juga tidak ketinggalan. Teacher Fizah nampak bersungguh-sungguh!hehe
Semua dah bersedia untuk memulakan perarakan
Terima kasih Encik Rohaizad kerana sudi menyumbangkan sepanduk untuk kumpulan PAPN Bagan Pinang








Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Surau Taman Dato' Abdul Samad kerana telah memberikan peluang kepada anak-anak Permata untuk sama-sama merasai suasana Sambutan Maulidur Rasul yang meriah. Terima kasih juga kepada Encik Rohaizad yang telah menyumbangkan sepanduk, nenek kepada Zaim Hazmi yang telah menyumbangkan bunga telur dan cenderahati untuk para tetamu serta semua ibubapa, anak-anak dan pendidik yang terlibat.

Ini adalah merupakan salah satu pengalaman yang bermakna buat semua anak-anak Permata. Semoga tahun hadapan kita dapat sama-sama lagi menyambutnya. :)

Majlis Ramah Mesra dan Bacaan Yasin Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP) 2012

Majlis ini telah berlangsung pada 14 Januari 2012 iaitu pada hari Sabtu. Bertempat di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Bagan Pinang, majlis diadakan serba ringkas dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin yang diketuai oleh Pengerusi PIBP PAPN Bagan Pinang, Encik Mohd Afendi.Selepas tamat sesi bacaan yasin, majlis diteruskan dengan mesyuarat serta taklimat serba ringkas daripada Pengerusi PIBP dan Ketua Pendidik, Puan Norhaliz Othman. Di penghujung majlis, para tetamu disajikan dengan juadah istimewa iaitu nasi tomato.

Tuesday, August 23, 2011

PD OsTrIcH FaRM ShOw....

Bersempena dengan tema pd bln 7, benda hidup (haiwan), PAPN Bagan Pinang telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke PD ostrich farm show...ramai ibu bapa yang join lawatan tersebut...rombongan dari PAPN Bagan Pinang bertolak seawal jam 9.30 pagi...

seperti biasa, lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas dr pemilik PD Ostrich Farm Show....kemudian, kanak-kanak dibekalkan dengan makanan haiwan untuk diberikan kepada haiwan2 yang terpilih (bukan semua haiwan makan jagung, ye)..bukan main teruja lg kanak2 semasa memberi haiwan2 makanan...xkurang jugak yg menangis2 sebab takut..hehe, biasala...bdk2....sedangkan teacher2 pon takot2, inikan plk anak2...

banyak jgk haiwan yang terdapat di sana. disebabkan nama tempat 2 adalah PD Ostrich Farm, of coursela ade burung unta....ada kambing, monyet, ular, arnab, ayam dan lain2...kanak2 juga dihiburkan dengan aksi anak kera (si Abu) memetik buah kelapa. semasa lawatan ini, Jiji sentiasa ekori kami...oppsss, jgn salah sangka..bkn ade secret admirer, tau...Jiji 2 anak monyet yang sememangnye jinak.

aktiviti yang paling dinanti2kan adalah aktiviti menunggang burung unta....teruja betul anak2 nak tunggang....sampai terpaksa ambik nombor..huhu

mari kita tengok gmbr2 sepanjang lawatan ini.....

baru sampai ni...

suka betul anak2..

wajah terkejut farisha...

merasai bulu arnab..

ammar : org pertama yg tunggang...cemas je..

farish : paling rileks menunggang (sbb dah ade org pegangkan..hehe)

peace!!

T. Eliz yg buat2 berani..huhu


walaupun perancangan awal adalah melawat zoo negara, kanak2 tetap puas. yela, kalau nak dibandingkan dengan zoo negara, mestila PD Ostrich ni lebih kecil keluasannya dan sedikit je haiwan yang ada..tp, penat jgkla nak mengejar anak2 ni..diorg ni excited bile pegi tempat2 yang ade binatang ni...penat, tp berbaloi....

nanti kita plan pegi tempat lain plk, ye....pegi ke taman negara ke...baru adventure..hehe...k..daa