Wednesday, April 20, 2011

AkTIviTi MeWaRNa AnAK2 beRSaMA PaREnTs...

Pada 19 Feb yang lalu, PAPN Bagan Pinang telah menganjurkan aktiviti mewarna anak2 bersama ibu bapa masing2....aktiviti dimulakan dengan senam robik yang diketuai oleh Teacher Eja seawal 9 pagi. Senam robik dilakukan untuk meregangkan otot2 bagi memudahkan dan melancarkan pergerakan motor halus dan kasar semasa aktiviti mewarna dijalankan..hehe

nila conductor senam robik kita....Teacher Eja...yg kecik tu, pembantunye, Damia

antara parents yang hadir memberikan sokongan....

amboi..bersungguh2 betul ummi zarin nih...bagus2..laju ckit, kak su...hiiiyahhh


aktiviti mewarna dah start...

mama dan papa Aiman pon hadir....aik, tu wife sir Faiq, kan??

dah macam pertandingan mewarna peringkat daerah dah....

Terima kasih untuk semua yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap PAPN Bagan Pinang..semoga berjumpa di lain waktu....daaaa

Saturday, March 12, 2011

PRogRaM FlOuRiDe VaRNiSh - KliNIk PeRgIGiAn

Pada 22hb Feb yg lepas, klinik pergigian port dickson telah menjalankan 'flouride varnish' terhadap kanak-kanak di PAPN Bagan Pinang...seramai 5 kakak nurse telah memberikan perkhidmatan tersebut kepada kanak-kanak....

kanak-kanak khusyu' mendengar penerangan dari kakak2 nurse....


bangun pagi, gosok gigi, terus mandi sekali...lalala...


kakak dan abg nurse sdg menunjukkan cara menggosok gigi dengan betul


nurse sedang melakukan rawatan terhadap aidil


terbongkok2 Teacher Zue mendengar komen nurse mengenai Ammar sambil mengendong Farish....huhu

Terima kasih banyak2 diucapkan kepada Klinik Pergigian Port Dickson sbb sudi merawat kanak-kanak di PAPN Bagan Pinang...dapat free berus gigi lagi....terima kasih daun keladi, esok2 bagi lagi...

Semoga kanak-kanak akan lebih prihatin terhadap penjagaan gigi selepas ini....

HEpY BeSdAY T. iLa...

Pada 10/2 yg lepas, seorg staf PAPN Bagan Pinang telah diraikan sempena hari lahirnya yg ke-??(rahsia...hehe). Staf tersebut adalah PPM kiter, T. Ila...hepi besday! semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

kek yg ditaja oleh Pn. Nurul Huda (thanks a lot)


sesi memotong kek oleh besday girl....


sesi suap menyuap....T. Eja - T. Ila