Sempena tema haiwan, anak-anak PAPN Bagan Pinang telah ke Sunway Interactive Zoo, Bandar Sunway, Subang bagi berinteraksi dengan dunia haiwan. Seramai 16 anak-anak dan beberapa parents turut serta di dalam lawatan ini... Seawal 7 pagi, mereka dah menunggu di hadapan pintu PAPN...memang tak sabar nak naik bas...Hmmhhh... belum sempat apa-apa…All teacher dah start berposing. Ni sementara menunggu anak-anak ke toilet sebelum memulakan journey ke alam habitat binatang…

Lihatlah ketakjuban yang dipancarkan disebalik keceriaan wajah anak-anak bila kali pertama melihat harimau mengaum di depan mata dari jarak yang dekat… Taecher Sha tu sebenarnya menggigil ketakutan tengok muka rimau..tu pasal peluk Danial kuat-kuat tuuuu....
Kat sini, anak-anak memang seronok sangat kerana mereka berpeluang berkenalan dengan pelbagai jenis haiwan exotic. Antara exotic animals yang anak-anak PAPN Bagan Pinang suka sangat main; kura-kura unik yang berbentuk segiempat, ular albino, hamster, landak dan juga rabbit yang comel…
We really had fun & wonderful moments... Sewaktu menyusuri tepian kolam Sunway Lagoon untuk ke bahagian Farm Animals...kami rasa macam Alice in Wonderland lak... The scenery is so beautiful.... Sapa-sapa yang tak datang memang la rugi... Ha... tengok tu...Itulah gajah yang paling jinak seantaro duniaaaa..... Gajah tu tak kisah pun kami dekat-dekat dengan dia....
Yang paling best… kami baru jer belajar tentang kitaran hidup rama-rama… secara visual jer dekat PAPN…tetapi di sini kami dapat buat ulangkaji bukan setakat visual, dapat pegang lagi dan melihat lebih dekat telur rama-rama, kepompong & caterpillar… Sungguh berguna… Dan inilah yang dinamakan experiential learning n discovery...
Longkang Fishing... Ammar paling banyak dapat tangkap ikan guna net... Cekap betul Ammar tangkap ikan..ni mesti selalu tangkap ikan kat longkang Bagan Pinang ni yea... Anak-anak benar-benar mendapat pengalaman berharga ini..maklumlah zaman sekarang budak-budak lagi suka mengadap skrin dari tangkap ikan ni..
Lepas dah penat tangkap ikan... kami bagi makan kat arnab, kambing dan kura-kura...Anak-anak kecil suka betul bermain dan mengejar arnab yang agak jinak. Ini adalah aktiviti terakhir kami di sini...




