Thursday, September 2, 2010

Aktiviti 22 Julai 2010

Berikut merupakan aktiviti di PAPN Bagan Pinang pada 22 Julai 2010. Untuk makluman semua, tema bulan ini ialah haiwan....
Ini Kumpulan Permata 1 & Permata 2 iaitu Kumpulan anak-anak Teacher Mala & Teacher Sha. Hari ini mereka berlatih memasukkan 'ring' ke dalam 'skittles'. Aktiviti ini amat bagus di dalam membentuk perkembangan fizikal mereka di samping melatih fokus di kalangan anak-anak kecil ini.

Anak-anak Permata 3 pula iaitu Kelas Teacher Eliz melatih perkembangan motor halus mereka dengan mewarnakan gambar harimau , menyapu gam serta melekatkannya pada kertas... Ha..Ijad & Wafiy ini..bila dah siap kerja, mula la mata tu melilau ke sana ke mari...

Manakala, Anak-Anak Permata 4 (Kelas Teacher Elly) pula sedang sibuk berlatih menggunakan gunting. Selain daripada melatih bergunting, mereka juga didedahkan dengan tatacara di dalam menggunakan gunting. Mereka dilatih cara yang betul memberi beri gunting pada kawan, di mana mereka perlu memegang di bahagian hujung gunting, dan mengunjuk bahagian pemegang gunting kepada kawan... Mereka juga diingatkan beberapa kali bahaya bermain dengan gunting... dan kemudian barulah mereka berlatih menggunakan gunting... Latihan asas adalah menggunting garisan pelbagai saiz.... Nampak cam susah, tapi alah bisa tegal biasa.

Manakala, di sebelah petangnya pula, kami diraikan oleh En Said & Pn Miza dengan juadah hari jadi yang enak sempena hari jadi Marsya yang ke 2...

Selamat Hari Lahir to Our Beloved Marsya, Semoga menjadi anak yang soleh from Teacher Elly, Teacher Eliz, Teacher Sha, Teacher Mala & Teacher Ila...

Pukul berapa Datuk Harimau?


Kanak-kanak dan bermain memang tidak dapat dipisahkan...semua individu sedar hakikat itu, tapi kenapa bila anak-anak kita bermain & sepah2kan rumah kita, kita marah... Jika itu yang sering dilakukan oleh anak-anak, tidak perlu khuatir kerana ia adalah sebahagian daripada proses normal bagi seorang kanak-kanak aktif dan cergas yang sedang membesar.


Pukul berapa Datuk Harimau merupakan permainan kanak-kanak yang semakin dilupai.. Kanak-kanak PAPN Bagan Pinang telah diperkenalkan dengan permainan ini, dan sehingga hari ini mereka semakin expert dengan pengiraan nombor yang diperkenalkan melalui permainan ini... Ha...parents di luar sana...apa lagi...sekali sekala mainlah dengan anak kita permainan ini... hubungan kekeluargaan pasti dapat dirapatkan... Masih ingatkah anda dengan permainan ini???? ; )

Tuesday, August 10, 2010

Penggambaran FINAS untuk dokumentari PERMATA

Pada 16 Julai yang lalu, anak-anak PERMATA mendapat satu lagi pengalaman berharga apabila mereka terlibat di dalam penggambaran FINAS. Seronok gak layan karenah anak-anak bila dapat tahu yang mereka akan masuk TV... tapi bile boleh tengok mereka kat TV ek???? Itulah persoalan yang kami pun tak dapat jawab duhai parents....








Shot kelas Teacher Elly dengan rhymes & action merupakan scene yang pertama yang mereka ambil. Dengan conductor nyer Adawiyyah mengetuai dan memimpin kumpulan ini...mereka memang bersemangat menyanyikan lagu "I am a little tea-pot..."



































Ini pula shot masa makan, berpeluh-peluh juga anak-anak ni coz kene baca doa banyak-banyak kali... Lepas tu,,,tak leh mula makan oren sehingga diberitahu...sian anak-anak... takpe..bukan selalu kannnn??????
























Ini pula scene Kelas Teacher Eliz. Diorang buat tarian "Potong bebek angsa" sambil pakai prop haiwan...

























Ni pula scene anak-anak toddler main dalam ball-yard... kecik-kecik dah jadi artis yea....














Hahahaaaaaa.... Mak Umairah & Mak Marsha bermekap untuk kali ke - 6..mana taknyer dari kul 9 diorang datang untuk diwawancara..mekap pun dah cair..amboooiiiii...kalah Puan Sri Bibi yea...





















Ha...sempat lagi Mama Danial & Mama Ijad promote kuih raya..n sonot + kenyang kami dapat makan sample baju raye...











Scene terakhir:
Anak-anak PAPN Bagan Pinang melakukan pengurusan kendiri....
So...apa2 pun tunggulah dokumentari PERMATA yang akan ditanyangkan di TV 1... Bila???? Nanti kami akan maklumkan yea....