Sunday, June 6, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Roll roll roll your POPIA!
Assalamualaikum







Hai dan apa khabar pembaca sekalian? Aha, hari ini teacher nak berkongsi pula aktiviti memasak dan menggulung popia. Pasti ibuayah tahu kuih popiakan. Tapi hari ini kami membuat popia basah. Dengar saja pasti dah kecur air liur ya. Oh ya, aktiviti POPIA dilakukan anak - anak PERMATA 3-4 tahun iaitu kelas Teacher Elly, Teacher Ochin dan Teacher Amy. Baiklah, dalam aktiviti ini anak - anak diberi peluang untuk terlibat sama menghasilkan popia mereka. Bukan setakat membuat popia malah mereka diberi suatu pengalaman dimana dapat melalui proses menghasilkannya dari mula sehingga tamat. Anak - anak belajar melalui pengalaman dan bermain (dalam konteks membuat popia) sekaligus deria dan pemahaman tentang dunia persekitaran mereka turut meningkat dan berkembang. Baiklah semua, cukup sudah coretan teacher. Lets gambar - gambar. Video akan diupload kemudian ya. Terima kasih semua atas bekalan bahan yang diberikan. :)
Labels:
Aktiviti PERMATA
Roti dan Jem
Hai semua,













Masih lagi dalam mood makanan, maka dengan itu teacher nak kongsi aktiviti PERMATA iaitu ROTI dan JEM. Kali ini, aktiviti dengan anak - anak umur 1 - 2 tahun iaitu kelas Teacher Mala dan Teacher Sha. Dalam aktiviti ini, anak -anak dapat belajar dan pengalaman menyediakan makanan iaitu roti dan jem mereka sendiri. Anak - anak ditunjukkan cara- cara bagaimana untuk menyapu jem pada roti, melipat roti, menggunakan pisau,mengenali apa itu roti dan jem. Apakah tekstur roti? warna jem? dan pelbagai lagi. Dan paling penting, anak - anak dapat membuat roti mereka sendiri. Baiklah, mari kita lihat gambar - gambar dan video dibawah ini. :)
Labels:
Aktiviti PERMATA
Subscribe to:
Posts (Atom)

