Apa khabar pembaca semua? Diharapnya semua sihat dan baik - baik saja di petang ahad yang indah. Hari ini kita teruskan dengan aktiviti PERMATA iaitu "Mari Mengenal Buah - buahan" Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada anak - anak jenis buah - buahan yang ada dan familiar pada mereka. Selain itu, anak - anak dapat mengetahui dan memahami betapa pentingnya buah - buahan dalam kehidupan seharian kita. Baiklah semua, cukup sudah celoteh teacher. Kita tonton gambar dibawah ini yang mana aktiviti di-conduct oleh Teacher Elly bersama anak - anak Teacher Amy dan Teacher Ochin.
Okey, tengok teacher buat macam mana dahulu, kemudian anak - anak follow ye.
Lagu Shake Tomato ini antara kegemaran anak - anak di PAPN. Habis satu, nak lagi nak lagi..pinta mereka. Ibuayah boleh tanya anak - anak macam mana lagu shake tomato, pasti mereka ingin memicit belakang anda. Hehe. Jangan lupa mencuba :). Lepas dah habis belajar tentang buah - buahan, kita buat acting plak iaitu 'Role Play - Jual Beli Buah". Yang dibawah ini contoh dari teacher dahulu. Kemudian, anak - anak akan buat.
Buah disusun sudah, datang pembeli pertama iaitu Wafiy. Ye, Wafiy..nak beli buah apa? Satu biji 20 sen. :D
Tiba - tiba ramai pula customer yang datang gerai teacher. Beli buah..beli buah. Murah - murah..1 biji 20 sen.
No comments:
Post a Comment