Apa khabar pembaca semua? Diharap semua sihat dan gembira selalu seperti anak - anak Permata. Baiklah, untuk pengetahuan ibuayah sekalian, PAPN Bagan Pinang telah mempunyai sandpit iaitu tapak atau tempat bermain pasir untuk anak - anak. Sebelum ini, PAPN hanya mempunyai kawasan atau ruang kosong yang berada dihadapan (perkarangan) PAPN untuk dijadikan sandplay. Tetapi malangnya, kita tidak mempunyai kemudahan yang sepatutnya disediakan. Maka, sejak lawatan pemantauan oleh pegawai yang turun pada suatu masa dahulu, tindakan telah diambil dan akhirnya pada minggu lepas anak - anak Permata berpeluang bermain pasir di tempat sendiri. Tak perlu ke pantai lagi untuk bermain pasir. Pasti ibuayah tertanya - tanya apakah fungsi atau relevannya bermain pasir ini untuk kanak - kanak?
Baiklah, teacher akan jelaskan. Aktiviti luar seperti bermain pasir ini memberi banyak peluang untuk kanak - kanak menjalankan penerokaan, penemuan dan pembelajaran secara tidak langsung kepada mereka. Antara kebaikan bermain pasir ini adalah:

i. mengalakkan imaginasi kanak - kanak
ii. memberi peluang untuk mencipta dan mencuba
iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
iv. membina keyakinan diri
v. berorientasikan proses bukan hasil
Oleh yang demikian, galakkan anak - anak anda bermain pasir ketika ada masa terluang. Mari kita lihat momen - momen yang sempat teacher snap ketika aktiviti sandplay. :)
Oleh yang demikian, galakkan anak - anak anda bermain pasir ketika ada masa terluang. Mari kita lihat momen - momen yang sempat teacher snap ketika aktiviti sandplay. :)
No comments:
Post a Comment