Kalau hari itu kite sudah menanam atau menyemai kacang hijau menjadi taugeh, hari ini kita nak menanam pokok cili pula. Ya, pokok cili yer anak - anak. Teacher pasti semua anak - anak pernah melihat pokok cili apatah lagi menyentuhnya. Jadi pada aktiviti PERMATA yang lalu, kami membuat projek tanaman pokok cili. Harap - harap menjadi pokok kita ini yer. Baiklah mari kite ikuti rentetan proses menanam pokok cili. Semoga terhibur. :)
Sebelum aktiviti, teacher dah mencangkul dahulu membuat batas untuk anak - anak. Asalkan ada batas...jadi lah ye. Ok dah siap batas, teacher sediakan baja dan biji benihnya.
Ha sekarang ini, baja digaul bersama tanah. Semua gaul sama - sama dengan teacher. Baja ini digunakan untuk nak semai biji benih kita ye anak - anak. Nak kasi pokok tumbuh tinggi-tinggi.
Lepas dah gaul rata - rata, kita siram atau basahkan tanah dahulu. Kita nak hasilkan baja dan tanah yang sihat untuk pokok. Nanti pokok boleh membesar sihat.
Jangan takut - takut ye Dani. Sebelum Dani adalah Wafiy. Tak sempat teacher nak klik..Wafiy dah siap. Laju anak teacher ni.
No comments:
Post a Comment