Hai dan apa khabar pembaca sekalian? Aha, hari ini teacher berkongsi satu lagi aktiviti yang dibuat di PAPN iaitu "Seriasi Daun". Seriasi daun bermaksud menyusun saiz daun dari kecil hingga besar. Terdapat 3 saiz daun iaitu tiny, small and big dan anak - anak perlu menampal daunnya dari saiz tiny -> big pada kertas yang telah dilabelkan. Dalam aktiviti ini, kita ingin melihat bagaimanakah anak - anak melihat sesuatu objek itu (dalam konteks saiz) dan apakah saiz itu besar atau kecil dimata mereka. Aktiviti ini juga melihat kebolehan anak - anak dalam memahami arahan untuk membuat aktiviti tersebut iaitu menampal daun di dalam kotak (label pada kertas) mengikut saiz 1-tiny, 2-small dan 3-big. Kebanyakkan anak - anak yang teacher dapati, anak - anak menampal 1->3->2 iaitu tiny->big->small. Ada yang berjaya menyusun 1->2->3 dan ada juga yang menampal ketiga-tiga saiz pada satu label sahaja dan bermacam jenis lagi. Dari sini, kita dapat melihat bagaimana anak - anak menginterpretasi saiz di mata mereka dan pemahaman mereka.
Baiklah, sekian saja news terkini dari teacher @PAPN Bagan Pinang's blog. :)
Baiklah, sekian saja news terkini dari teacher @PAPN Bagan Pinang's blog. :)
No comments:
Post a Comment