Hai semua. Apa khabar? Blog sudah berubah muka baru. Harap - harap ibuayah suka dengan muka baru blog PAPN Bagan Pinang ini ya. Okay la seperti biasa, teacher ade pelbagai cerita nak dikongsi bersama ibuayah. Salah satunya ialah menghias kawasan PAPN. Pasti semua sudah nampak hiasan yang dibuat oleh teacher - teacher practical dekat entrance PAPN kan. Macam mana dengan hasil kerja kami? Okay tak? Harap ibuayah semua suka ye. Kalau ada ibuayah nak buat aktiviti menceriakan PAPN disudut/bahagian lain, amatlah digalakkan. Projek menghias/menceria PAPN ini adalah satu skop atau komponen yang harus kami buat bersama untuk dinilai dalam report nanti. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua teacher dan bantuan kreativiti anak - anak, kami berjaya siapkan dalam masa beberapa jam sahaja.
Dalam menyiapkan projek menceriakan PAPN ini, mesti ada hasil kerja anak - anak. Jadi teacher panggil beberapa anak untuk buat artwork sama - sama.
Ini lakaran kasar bagaimana projek itu akan dilakukan. Tapi, ada perubahan sikit kerana mengikut saiz dan keadaan lokasi yang nak digunakan.
Eh, Teacher Mala pun datang tolong. Teacher Amy dan Ummi menguruskan kreativiti anak - anak. Bila wall ini dah siap, mereka akan tampal hasilnya didinding. Scroll bawah untuk lihat hasil penuh.
Taraaa..dah siap. Butterfly dan flower hasil seni anak - anak PERMATA. Yang lain-lain teacher cuma tambah je macam ranting kayu itu. We hope everyone like it.
No comments:
Post a Comment