Pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah cerita. Al-kisahnya, terdapat sekumpulan kanak - kanak yang comel - comel telah menjalani suatu aktiviti yang menarik dalam hidup mereka. Berkelah sambil makan - makan bersama teacher mereka dan ibu - ibu (Pn. Miza dan Pn. Norli) yang menemani membuat aktiviti. Walapun diberi nama berkelah tetapi anak - anak kecil yang berumur 1-2 tahun ini tidaklah bersukaria bermandi manda. Hanya makan - makan secara santai dan bermain di playground. Makanan dibekalkan hasil perkongsian (potluck) diantara anak - anak sendiri. Ada yang membawa satay, ada kek, ada roti canai, ada mihun, ada fries, ada air milo dan pelbagai lagi. Pasti anak - anak ini gembira kerana makanan yang disukai oleh mereka dapat dimakan bersama kawan - kawan dan saling berkongsi. Ya itulah PERMATA. Saling bekerjasama dan berganding bahu. Baiklah, mari kita lihat perjalanan anak - anak ini ke Pantai Cahaya Negeri.
Walaupun anak - anak ada 10 orang namun tetap muat kesemuanya dalam sebuah kereta. Maklum saja saiz mereka yang comel belaka. Hehe
Hah, dah sampai pun. Eh tapi macam kenal saja tempat ini ye. Oh mestilah! Ini kan tempat yang kita buat Hari Keluarga dulu.
No comments:
Post a Comment