Bertempat di PAPN Bagan Pinang, sambutan hari raya bersama anak-anak PERMATA beserta ahli keluarga telah disambut secara sederhana. Tetamu undangan yang hadir pada malam tersebut adalah Tuan Haji Hasan bin Masuadi (Ketua Kampung Bagan Pinang) dan isteri serta Puan Hajah Zaimah binti Zakaria (Ketua Wanita UMNO Bagan Pinang).
Majlis yang diadakan pada hari Jumaat iaitu pada 16 Ogos 2013 itu berlangsung adalah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PAPN Bagan Pinang. Majis yang dipengerusikan oleh Puan Mazlin itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Hafez iaitu Pengerusi PIBP PAPN Bagan Pinang bagi memberkati majlis pada malam itu.
|
Tetamu jemputan Puan Hjh Zaimah Zakaria |
|
Keluarga Damia Humaira |
|
Hjh Zaimah bertanyakan tentang perkembangan PAPN sekarang |
|
Pasangan romantik Puan Kamariah dan suami |
|
Puan Mazlin selaku pengerusi majlis |
|
Banner yang disumbangkan oleh ibu Aliff dan ibu Mia Zaara |
|
Hidangan untuk tetamu jemputan sudah tersedia |
|
AJK dari kumpulan B sedang menyusun juadah |
|
Siapakah yang bertuah yang akan dapat hadiah ni ye? |
|
Teacher Afi bersama kakak Syahirah |
|
Pendidik bersama ibu Syahirah dan ibu Haziq
|
Semua sedang menunggu waktu bermulanya majlis |
|
Tersenyum lebar ayah Qaliesha |
|
Ibu bapa yang banyak membantu dalam melancarkan setiap program bulanan PAPN |
|
Aisy minum apa tu? |
Seterusnya majlis diteruskan dengan
ucapan oleh Ketua Pendidik, iaitu Cik Noor Faezah Hamidon atau lebih
mesra dikenali sebagai Teacher Eja dan ucapan daripada tetamu kehormat
iaitu Tuan Haji Hassan bin Masuadi, Ketua Kampung Bagan Pinang.
|
Ketua Kampung Bagan Pinang sedang berucap |
Selepas
itu, para tetamu dijemput untuk menjamu selera juadah yang ada. Pada
tahun ini, juadah masih lagi disediakan oleh para ibu bapa mengikut
jadual yang ditetapkan bersama. Memang sedap semuanya kerana pelbagai
jenis masakan yang boleh dinikmati memandangkan para ibu bapa datang
dari pelbagai negeri.
Majlis
juga turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu Hari
Raya oleh anak-anak PERMATA. Pertandingan untuk anak-anak diadakan bagi
menceriakan suasana di mana anak-anak 2 tahun dikehendaki mencari
ketupat di dalam kolam manakala anak-anak 3 dan 4 tahun bertanding
mencari pelita.
|
|
Juadah terhidang sedia untuk dijamu. Jemput makan |
|
Anak-anak sudah bersedia untuk membuat persembahan |
|
Arissa menyanyikan lagu raya |
|
Ridhwan pun tak mahu ketinggalan untuk menyanyikan lagu raya |
|
Ibu Marsha dan ibu Syahirah sedang melayan tetamu jemputan |
|
Semua tetamu fokus melihat persembahan anak-anak PERMATA |
|
|
Selamat menjamu selera |
|
Pertandingan mencari ketupat di antara anak-anak 2 tahun |
Selepas acara untuk anak-anak sahaja adalah acara keluarga iaitu pertandingan memakaikan sampin dan pertandingan memakaikan tudung.
|
Senyum abang Darry iaitu abang kepada Syahirah |
|
Mama dan ayah Amirah |
|
Puan Ayu dan suami |
|
Mama dan ayah Iwan |
|
Mama dan ayah Qaseh |
|
Darry yang sporting |
|
Cat walk |
|
Seronok semuanya |
|
Acara memakaikan tudung oleh kaum bapa |
|
Ayah Aqil memakaikan tudung pada Durrah |
|
Farisha tak selesa yer |
|
Tapi bila ada kamera dia terus senyap. Hehe |
|
Comelnya Qaseh |
|
Arissa bersama ayahnya |
|
Cantik tak? |
|
"Ustazah" Qaseh Nurain |
|
Farisha yang comel |
Selepas setiap acara, kesemua pemenang mendapat hadiah masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.
ACARA ANAK 2 TAHUN
|
Qausar berjaya dapat nombor 1 |
|
Aqil dapat nombor 2 |
|
Fiyya dapat nombor 3
|
Aliff dapat nombor 4 | | | |
|
|
|
|
|
ACARA ANAK 3 DAN 4 TAHUN
|
Ridhwan pula dapat tempat pertama bagi kategori 3 dan 4 tahun |
|
Syahirah berjaya merangkul tempat kedua |
|
Tempat ketiga dimenangi oleh Farish |
|
Amirah pula mendapat tempat keempat |
|
Arissa berjaya mendapat tempat kelima | | | | | | |
|
|
ACARA MEMAKAI SAMPIN UNTUK KATEGORI KELUARGA |
|
|
|
|
Darry diangkat sebagai juara |
|
Encik Nordian dan isteri mendapat tempat kedua |
|
Encik Kilau dan isteri berjaya mendapat tempat ketiga |
ACARA MEMAKAI TUDUNG UNTUK KATEGORI KELUARGA
|
Durrah dan Encik Azizan berjaya menjadi juara |
|
Arissa dan ayah mendapat tempat kedua |
|
Farisha dan ayahnya berjaya mendapat tempat ketiga |
Selepas acara penyampaian hadiah, sesi bergambar bersama tetamu dan anak-anak pula.
|
Pendidik bergambar bersama tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Masuadi (Ketua Kampung Bagan Pinang) serta isteri dan Puan Hajah Zaimah Zakaria (Ketua Wanita UMNO Bagan Pinang) |
|
Keluarga PAPN Bagan Pinang bersama tetamu jemputan |
|
Marsha bersama ibu dan ayahnya |
|
Teacher Afi dan kakak Syahirah |
|
Teacher Afi dan Teacher Nadiah |
|
Teacher Fizah dan Teacher Nadiah |
|
Keluarga Haziq |
|
Teacher Afi bersama anak-anak |
|
Pendidik PERMATA Negara Bagan Pinang |
|
Muka seronok semuanya |
|
Teacher Afi, Teacher Eja, Teacher Fizah dan Teacher Nadiah |
|
Rajinnya |
|
Teacher Eja bersama anak-anak 4 tahun |
|
Ayah Ridhwan sedang mengemas semula peralatan selepas majlis |
Pada jam 10.30 malam, berakhirlah majlis sambutan hari raya di PAPN Bagan Pinang. Tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan. Antaranya adalah Puan Mimi dan Puan Rina (banner) dan Kompeni Angkut KPD Kem Si Rusa (khemah). Sesungguhnya sumbangan kalian amat dihargai.
Semoga majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi meraikan hari raya bersama-sama dan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan keluarga PAPN Bagan Pinang.
No comments:
Post a Comment