Perjumpaan di antara ibu bapa dan pendidik telah diadakan pada 21dan 23 Mei 2013 iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Ia adalah bertujuan untuk membincangkan tentang perkembangan anak-anak selama separuh penggal mereka belajar di PAPN. Untuk anak-anak 3 tahun, perbincangan diadakan pada hari Selasa dan pada hari Khamis untuk anak 2 dan 4 tahun. Perkembangan anak-anak dilihat dari pelbagai aspek iaitu:
a) Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan kerohanian
b) Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
c) Perkembangan Fizikal
d) Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
e) Perkembangan Kreativiti dan Estetika
f) Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
|
Mama dan papa Hafiya bersama Teacher Nadiah |
|
Papa dan mummy Marsha |
|
Ayah dan ibu Aisyah |
|
Mama Mia dan mama Aliff |
|
Mama Aliff sedang berbincang dengan Teacher Fizah |
|
Mama Qaliesha sedang melihat hasil kerja anaknya |
|
Papa Alia bertanya kepada Alia tentang hasil aktivitinya |
|
Papa Damia datang seorang je |
|
Ibu Syasya bertanya kepada Syasya apa ye agaknya? |
|
Ibu yang sentiasa tersenyum |
|
Mama dan ayah Qaseh |
|
Mama Haziq |
|
Mama Ridhwan |
Secara keseluruhannya, perjumpaan di antara ibu bapa dengan pendidik ini telah mencapai objektifnya iaitu perkongsian tentang perkembangan anak-anak PERMATA. Secara tidak langsung, pendidik dapat mengetahui tentang tingkahlaku anak di rumah dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan pencapaian anak mereka setelah dihantar ke Permata Negara. Pencapaian yang dimaksudkan bukanlah berbentuk pencapaian tertentu sahaja tetapi meliputi setiap aspek yang sepatutnya ditekankan kepada setiap anak PERMATA.
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan ini.
No comments:
Post a Comment