Tarikh : 16 Mac 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Terima kasih Kurnia Cerana :) |
Majlis bacaan yaasin dan gotong-royong di PAPN Bagan Pinang telah diadakan dengan jayanya pada 16 Mac 2013. Seramai 25 orang ibu bapa hadir untuk majlis ini. Pada jam 9.00 pagi majlis bacaan yaasin dimulakan dan diketuai oleh En Fadzli bin Harun iaitu bapa kepada Muhammad Afiq Iman. Sejurus selepas tamat bacaan yaasin, sesi gotong-royong bermula. Setiap ruang di dalam PAPN telah dibahagi-bahagikan mengikut kelas.
Para ibu bapa bertungkus-lumus membersihkan setiap ruang di perpustakaan, kumpulan ibubapa yang dipertanggungjawabkan telah membuat ubahsuai susunan perabot di dalamnya. Masing-masing melakukan tugas membersih dan menyusun dengan baik termasuklah mencuci alat mainan, katil kanak-kanak dan lain-lain.
Setelah selesai berhempas pulas, kesemua yang hadir dijamu dengan bihun sup dan kuih muih yang menyelerakan. Akhirnya, pada jam 1.00 petang semua kerja telah berjaya disiapkan dan kesemua ibu bapa beransur pulang.
Teacher Fizah termenung ke apa? |
Sebelum bacaan yaasin dimulakan |
Jemput makan |
Lapar benar!haha |
Sempat lagi posing |
Tekun mengemas |
Nyum nyum! Sedapnya |
Mana nak letak ni? |
Aqil tolong mama dan papa kemas ruang menonton |
Ibu Ridhwan sedang kemas pejabat |
Alia yang sangat rajin |
Ibu Hafiya |
Ibu Qaliesha dan ibu Iffah sedang mencuci katil |
Mama Haziq |
Ibu Aisyah Safira |
Ayah Iffah |
Afiq pun nak sumbang tenaga |
Ridhwan sedang mencuci meja |
Dapur penuh dengan barang-barang stor |
Aqil pun nak sapu lah teacher |
Mama Aliff Hanan |
Cuci tandas kanak-kanak |
Ibu Qaliesha dan mama Damia |
Katil kami dah bersih |
Sesi mengeringkan alat permainan |
Perpustakaan dan sudut persiapan bahan mengajar |
Ibu Mia Zaara mencuci selipar kanka-kanak |
Damia menolong ibunya menyusun berus gigi |
No comments:
Post a Comment