Pada 26.3.2013 telah diadakan hari bersama Hospital Columbia Asia Seremban. Tujuan kedatangan mereka ke PAPN Bagan Pinang adalah untuk menjalankan pemeriksaan gula dan tekanan darah secara percuma kepada ibu bapa dan penduduk setempat serta memberikan suntikan vaksin Influenza A dos pertama kepada anak-anak PERMATA. Majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan pihak media dari Harian Metro, NSTP, Sinar, dan Berita Harian. Turut serta hadir di majlis tersebut adalah Cik Shareena Izzatul Rahim dan Pn Zuraini Japar, wakil daripada Bahagian PERMATA JPM.
Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Vaksin yang diberikan kepada anak-anak PERMATA ditaja oleh pihak Sanofi. Seramai 26 orang ibu bapa dan beberapa orang penduduk setempat hadir ketika majlis diadakan. Seorang doktor dan beberapa orang nurse hadir bagi mewakili Hospital Columbia Asia. Pihak hospital telah menyediakan belon dan gula-gula sebagai hadiah kepada anak-anak PERMATA yang telah mendapat vaksin Influenza A.
Setelah selesai majlis, mereka yang hadir telah dijamu dengan pelbagai juadah sebagai tanda terima kasih kerana sudi hadir dan meluangkan masa bersama ketika majlis berlangsung. Kami dari pihak PAPN Bagan Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan hari bersama Hospital Columbia Asia Seremban yang telah berlangsung dengan jayanya.
Harapan kami agar program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun supaya kesihatan anak-anak PERMATA lebih terjamin.
peralatan yang disediakan |
ibu Aliff sedang membantu jururawat menyediakan tempat |
jururawat sedang bersedia |
sedikit info tentang Influenza A |
Teacher Eja sedang memperkenalkan staf dari Columbia Asia kepada ibu bapa |
ibu-ibu sedang berdebar menunggu giliran anak-anak mereka disuntik |
Cik Shareena dan Pn Zuraini juga hadir memeriahkan majlis |
apalah yang difikirkan oleh ibu-ibu ni |
ayah Imani sedang memeriksa kandungan gula dalam darah dan diperhatikan oleh akaum bapa yang lain |
Teacher Eja sedang asyik memberikan meklumat tentang kanak-kanak kepada Miss Rachel |
Aisyah menangis ketika disuntik |
Aliff tenang jer bila mahu disuntik |
Qaseh yang berdebar |
Syasya seronok bila disuntik dan dapat belon |
Ibu Amirah sedang memeriksa tekanak darahnya |
Mia dapat belon lepas menangis disuntik |
ibu Syasya |
Alia yang takut untuk disuntik |
juadah yang telah disediakan |
kanak-kanak seronok mendapat belon |
Imani yang comel |
hadir sama pelajar OKU dari PDK |
ayah Amzar tunggu giliran |
sedapnya makanan yang dijamu |
apa yang dimenungkan tu yer |
pihak wartawan sedang menemuramah Teacher Eja |
Cik Shareena juga turut ditemuramah |
tersenyum lega ibu Aliff |
banyak sungguh soalan yang perlu Teacher Eja jawab |
pihak hospital juga perlu diwawancara |
ibu Qaliesha dan ibu Damia |
Teacher Eja |
Cik Shareena macam takut jer |
Teacher Fizah yang cool |
ibu bapa berbincang sambil makan |
apalah yang dilihat mereka tu ya |
kakitangan Hospital Columbia Asia |
guru-guru, dan wakil dari pihak PERMATA bersama kakitangan hospital |