Bertempat di Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang, Mesyuarat Agong PIBP PAPN Bagan Pinang telah diadakan pada 19 Januari 2013 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Paksi dari Bahagian PERMATA yang juga merangkap Ketua Penolong Setiausaha Kanan (KPSUK) Bahagian PERMATA , Encik Mohd Zulhasmi Jamaluddin ini dihadiri oleh seramai 26 orang ibu bapa dan 4 orang pendidik.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi PIBP, cadangan program bulanan PIBP dan sedikit penjelasan mengenai PERMATA oleh Encik Zulhasmi. Ibu bapa juga berpeluang untuk bertanya soalan berkenaan PERMATA kepada Tuan KPSUK. Mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang satu jam itu diakhiri dengan jamuan ringan.
KPSUK Bahagian PERMATA, Encik Mohd Zulhasmi Jamaluddin |
Antara ibu-ibu yang hadir |
Tulang belakang PAPN Bagan Pinang |
Bendahari PIBP 2013 bersama Encik Zulhasmi |
Ibu-ibu yang gigih. Mencatat segala maklumat yang diterima |
Ibu Aisyah Safira menyuarakan pendapat |
Qausar ceria |
Encik Zul menjelaskan tentang penggantian Pembantu Pengurusan Murid dengan Pendidik bagi memastikan kelancaran operasi pusat |
Ketua Pendidik memberi penjelasan tentang aktiviti bulanan |
Pengerusi PIBP 2013 Encik Mohd Hafez memberikan sepatah dua kata |
Kaum bapa yang prihatin |
Jemput makan semua |
Nasi lemak ayam yang disediakan oleh Puan Kamariah |
Mama Damia dukung adik Farish, Farisha |
Masing-masing menunggu giliran untuk mengambil makanan |
Teacher Eja bersama setiausaha, pengerusi serta pegawai paksi PAPN Bagan Pinang |
Sambil menjamu selera, para ibu juga berbincang tentang aktiviti bulanan |
No comments:
Post a Comment