Pada bulan Oktober yang lalu, anak-anak PERMATA bersama Teacher Eja, Teacher Fizah dan Teacher Ira cuci katil bersama-sama. Aktiviti ini diadakan pada waktu Aktiviti Luar (Outdoor) selama dua hari berturut-turut. Anak-anak semua sangat seronok bila dapat cuci katil sendiri beramai-ramai. Suasana ketika itu seperti berada di taman tema!!! hehehehe
Teacher!!!! Nak sabunnnnn |
Gosok jangan tak gosok |
Qaliesha |
Saffiyya pun tidak ketinggalan |
Semua seronok bila kena pancutan air oleh Teacher Eja |
Rajinnya semua |
Ini adalah di antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak PERMATA. Daripada pengalaman, mereka akan dapat merasa kepuasan. Fokus kami para pendidik adalah keseronokan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak seronok, perkembangan mereka juga akan berlaku dengan lancar. Kami mengharapkan anak-anak ini menjadi anak yang berdikari dan rajin. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment