Pada 11 Februari 2012 (Sabtu), telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul anjuran Surau Taman Dato' Abdul Samad yang terletak di Bagan Pinang, Port Dickson. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari seperti Pertandingan Berzanji, Pertandingan Mewarna dan lain-lain. Tidak lupa juga acara wajib iaitu perarakan yang diadakan di sekitar taman berdekatan yang bermula seawal 7.00 pagi. Perarakan ini disertai oleh Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata Hati, PAPN Bagan Pinang dan beberapa lagi kumpulan perarakan lain. Seramai 35 orang ibubapa dan penjaga, 23 kanak-kanak dan 6 orang pendidik serta pembantu pengurusan murid yang terlibat dalam perarakan ini.
Yang paling istimewanya, anak-anak Permata berjaya menamatkan perarakan bersama-sama dengan kumpulan perarakan yang lain. Sehari sebelum majlis berlangsung, para pendidik dan ibubapa serta anak-anak Permata sama-sama membuat persiapan seperti membuat bunga rampai, bunga telur dan membuat cenderahati untuk para tetamu.
|
"Teacher tolong ye, Zakiah" kata Teacher Eja |
|
Anak-anak Permata sedang memotong daun pandan untuk dibuat bunga rampai bersama Teacher Eliz dan Papa Alia, Encik Azly |
|
Ayah Furqan, Encik Jalaluddin juga tidak ketinggalan. Teacher Fizah nampak bersungguh-sungguh!hehe |
|
Semua dah bersedia untuk memulakan perarakan |
|
Terima kasih Encik Rohaizad kerana sudi menyumbangkan sepanduk untuk kumpulan PAPN Bagan Pinang |
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Surau Taman Dato' Abdul Samad kerana telah memberikan peluang kepada anak-anak Permata untuk sama-sama merasai suasana Sambutan Maulidur Rasul yang meriah. Terima kasih juga kepada Encik Rohaizad yang telah menyumbangkan sepanduk, nenek kepada Zaim Hazmi yang telah menyumbangkan bunga telur dan cenderahati untuk para tetamu serta semua ibubapa, anak-anak dan pendidik yang terlibat.
Ini adalah merupakan salah satu pengalaman yang bermakna buat semua
anak-anak Permata. Semoga tahun hadapan kita dapat sama-sama lagi
menyambutnya. :)
No comments:
Post a Comment