Mom's Workshop
PAPN BAGAN PINANG
PAPN BAGAN PINANG
Pada 17 April 2010 (Sabtu) lepas, telah diadakan satu program yang dinamakan MOM's Workshop anjuran PAPN Bagan Pinang. Bengkel ini adalah bertujuan untuk berkongsi bersama mengenai pengurusan tingkah laku kanak - kanak dan tips keibubapaan. Bertempat di Dewan MPPD, seramai 18 orang para ibu telah hadir memberi sokongan dan semangat untuk mempelajari mengenai perihal anak - anak. Bengkel yang padat dengan pengisian seperti membuat rutin asas di PAPN, belajar lagu dan doa, belajar menari dan pelbagai lagi aktiviti telah dibuat bersama oleh pendidik. Terima kasih pendidik ucapkan kepada semua ibu atas komitmen, masa dan tenaga yang dihulurkan demi anak - anak kita. Selamat menonton gambar dibawah :)
Setiba disana, ibu-ibu perlu register dulu ye dikaunter. RM 5 sahaja utk registeration.
Ada 6 group semuanya. Group dolphin, monkey, elephant, duck, cat and cow. Memang comel dan kelakar habis masa nak masuk dalam group masing-masing. Pandai 'anak-anak' teacher buat gaya ye.
Sesi diskusi antara group untuk bincangkan aktiviti mengikut komponen PERMATA yang boleh dibuat di rumah.
Dan akhir sekali, sesi makan tengahari. Walaupun bengkel habis 15 minit lewat dari masa yang dijangka, tapi ibu-ibu tetap cool dan komited. Terima kasih semua :)
No comments:
Post a Comment