Thursday, March 4, 2010

DARI MEJA KP ; )

Salam buat ibu ayah PERMATA sekalian...

Seronokkan...??? bila kita tahu kita pregnant...waktu itu adalah kenangan terindah...sepanjang tempoh itu kita jadi suri dalam rumah..yelah nak apapun pasti dipenuhi oleh suami kannn..

Sesungguhnya tempoh mengandung adalah suatu tempoh yang paling penting untuk pembesaran anak-anak kita secara mental dan fizikal. Sepanjang kehamilan aspek kerohanian dan adab penting diambil kira kerana ia menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan. Tingkah laku dan perasaan seorang ibu sewaktu mengandung mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan sikap & jiwa anak-anak kelak...

Oleh yang demikian...kalau kita nak anak yang soleh & solehah...sama-samalah kita berusaha untuk jadi suami yang soleh dan isteri yang solehah dulu...kerana secara logiknya buah kelapa takkan keluar daripada pokok durian... betul tak...???

So keturunan dan zuriat yang baik akan terhasil dari benih yang baik...sama-sama kita jadi bangsa yang lebih bertamadun, cemerlang, gemilang & terbilang...Insya ALLAH...

No comments:

Post a Comment