Hai semua. Seperti yang dijanjikan, aktiviti PERMATA minggu 3 telah berjalan dengan temanya iaitu Rumah Saya. Tema ini hanya berjalan keatas anak - anak group Teacher Amy, Teacher Oshin dan Teacher Elly. Pelbagai aktiviti bertemakan Rumah Saya telah berjalan seperti Mengenali bahagian/ruang yang terdapat didalam rumah, melabelkan peralatan/bahagian dalam rumah, melukis dan mewarna rumah, membuat pelan rumah, membina rumah dengan menggunakan kotak, blok kayu, lego, membaca tentang rumah saya, fingerplay, kolaj dan banyak lagi. Baiklah, seperti biasa..teacher akan snap gambar during activities untuk tatapan parents. Enjoy :)
Aktiviti Fingerplay dimana anak - anak membuat bentuk seperti pintu, tingkap, chimney, rooftop mengikut nursery rhymes menggunakan jari jemari dan tangan.
Seterusnya, aktiviti kolaj dimana kanak - kanak menampal kertas berwarna pada rumah. Perkembangan kreativiti, logik dan fizikal antara komponen yang terlibat dalam aktiviti ini.
Lagi - lagi. Banyak lagi tak siap rumah itu. Oh ya ada 2 kumpulan. Kumpulan teacher elly dan teacher oshin. Mane satu siap dulu? Let see...
Macam - macam bentuk dan rupa ada. Anak - anak PERMATA memang kreatif.
Seterusnya, aktiviti pengenalan ruang/bahagian dalam rumah seperti ruang tamu, bilik, dapur, tandas dan sebagainya.
Bagi anak -anak kecil pula, Teacher Sha dan Teacher Mala buat reading session. Sesungguhnya, anak - anak sentiasa teruja dan suka melihat gambarajah binatang ini. Lebih - lebih lagi kalau mereka mengenali binatang itu.
Dan terima kasih kepada ayah kembar iaitu Danial Haziq dan Danish Hazim kerana membuat aktiviti bersama anak - anak. Satu pengalaman menarik dapat lihat bagaimana tanglung dibuat.
No comments:
Post a Comment