Wednesday, April 9, 2014

Program sehari bersama pelajar-pelajar Kolej Uniti Port Dickson ~ Rainbow Day

Bertempat di Padang Taman Dato' Abdul Samad, pelajar-pelajar Kolej Uniti Port Dickson telah mengadakan program sukaneka untuk warga PIBP PAPN Bagan Pinang pada 23 Februari 2014. Program yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ibu bapa ini telah mendapat sambutan yang baik daripada semua yang terlibat.

Potluck yang disumbangkan oleh ibu bapa dan para pendidik

Keluarga Imani

Awal pagi

Iman comel

Sesi mendaftar
Tuan Pengerusi PIBP dan isterinya

Antara hadiah yang disediakan oleh penganjur

Aqil, Qausar, Shameem dan Puan Aida
Pelbagai acara telah disediakan oleh pihak penganjur untuk kesemua ahli keluarga serta para pendidik. Sebelum acara sukaneka dimulakan, kesemua peserta melakukan senaman pagi yang diketuai oleh pelajar-pelajar Kolej Uniti. Selepas itu, sesi menjamu selera dengan hidangan yang dibawa oleh para ibu bapa dan pendidik sebelum acara sukaneka dimulakan. 

Bersedia untuk senaman pagi

Senaman pagi yang diketuai oleh pelajar-pelajar Kolej Uniti

Masing-masing bersemangat

1,2,3,4,5,6,7,8....8 lagi

Umi dan babah Imani

Qausar dan Aqil
Acara sukaneka dimulakan dengan acara anak-anak 2 tahun iaitu acara kutip gula-gula dan masukkan bola ke dalam bakul. Diikuti dengan acara anak-anak 3 tahun iaitu bawa bola pingpong dalam sudut dan cari kasut masing-masing. Kesemua kanak-kanak seronok beraksi di hadapan ibu bapa masing-masing. Kanak-kanak 4 tahun pula diuji melalui acara isi air dalam botol dengan menggunakan span dan bawa getah menggunakan straw. Setelah puas melihat acara kanak-kanak, kini tibalah masa bagi acara untuk para ibu dan bapa. Antara acaranya adalah lari ikat kaki, musang berjanggut, baling bola berisi air dan makan buah epal bersama pasangan.

Sukaneka anak 2 tahun
Game kutip gula-gula oleh anak-anak 2 tahun

Game anak 3 tahun

Sedia.....

Mula!!!!

Teacher Afi tetap setia dengan payungnya..hehe

Game kaum ibu

Musang berjanggut

Semua ibu-ibu tekun mengasingkan walaupun cuaca panas terik

Game berpasangan ibu dan bapa

Gaya yang mahal dipamerkan oleh papa Qausar
Pertandingan makan buah epal berpasangan

Masing-masing bersemangat untuk menghabiskan buah epal masing-masing

Pertandingan untuk kaum bapa pula

Alamak..macam nak kalah je ayah Aisy'..hehe

Teacher Fizah bersama para ibu


Acara keluarga iaitu Boling Bola

Acara keluarga iaitu Dukung Anak : Keluarga Imani

Acara keluarga iaitu Dukung Anak : Keluarga Marsha

Acara keluarga iaitu Dukung Anak : Keluarga Mia
Acara keluarga iaitu Dukung Anak : Keluarga Adam

Lari!!!!

Acara Musical Chair

Sebelum majlis penutup bermula

Barisan pensyarah dari Kolej Uniti bergambar bersama Pengerusi PIBP, Encik Fadzli dan Ketua Pendidik Cik Noor Faezah
Iman dapat hadiah

Terima kasih cikgu, dari Marsha

Qausar pun dapat hadiah

Shameem dengan abahnya

Imani sedang mengambil hadiah
Mama Nana menang acara kaum ibu

Sukanya umi Fakrul dapat hamper besar

Para pendidik dan AJKT PIBP bergambar bersama warga Kolej Uniti

Setelah puas bersukaneka, majlis penyampaian hadiah disempurnakan sebagai penutup program dan sebelum pulang, kesemua peserta dijamu dengan nasi ayam. Walaupun penat, pengalaman yang dilalui lebih menyeronokkan. Terima kasih kepada warga Kolej Uniti khususnya pelajar-pelajar subjek Penglibatan Ibu Bapa jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi tahun 2014. Sekalung penghargaan juga buat para pensyarah yang turut hadir sebagai tetamu jemputan.

Thursday, February 6, 2014

Majlis Bacaan Yaasin dan Mesyuarat Agong PIBP PAPN Bagan Pinang 2014

Bertempat di Pusat Anak PERMATA Negara Bagan Pinang, telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Mesyuarat Agong PIBP PAPN Bagan Pinang bagi tahun 2014. Program ini merupakan acara tahunan sebagai pembuka tirai bagi tahun 2014. Majlis yang diadakan pada 29 Januari 2014 iaitu pada hari Khamis, telah dimulakan dengan bacaan yaasin yang diketuai oleh Encik Fadzli bin Harun. Majlis dihadiri oleh seramai 30 orang ibu bapa serta penjaga dan 4 orang pendidik.

Sebelum majlis bermula

Manisnya Imani bertudung

Air Yaasin untuk keluarga anak-anak PERMATA dan pendidik

Antara yang hadir

Ibu-ibu yang membantu di dapur
Iman yang sentiasa ceria

Aliff dan abang-abang

Umi Azmar dan mama Shameem

Anak-anak juga tidak ketinggalan

Encik Fadzli sempat pandang kamera ye
Semua khusyuk

Aqil posing manja dekat ibu dia

Kaum bapa

Syasya dengan Teacher Eja

Selesai baca yaasin, semua mengaminkan doa

Seterusnya majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agong PIBP

Mesyuarat Agong dimulakan dengan pembubaran dan pelantikan AJKT

Ada yang sedang membaca agenda mesyuarat, ada yang sempat pandang kamera

Ibu bapa yang disayangi
Kaum bapa
Mesyuarat Agong bagi tahun 2014 telah berjalan dengan lancar dan keputusan sebulat suara telah dicapai. Berikut merupakan AJKT PIBP PAPN Bagan Pinang bagi tahun 2014:



Pengerusi                             : Encik Fadzli bin Harun
Naib Pengerusi                    : Puan Siti Mimimastura binti M.Hashim
Setiausaha                            : Puan Norzaliza binti Abd Ghani
Timb. Setiausaha 1            : Cik Noor Faezah binti Hamidon
Bendahari                             : Puan Rafidah binti Misran
Timb. Bendahari 1             : Puan Norfazlin bt. Zainuddin
AJK  Kebajikan   1               : Puan Siti Noraida bt. Mohd Shafaie
AJK  Kebajikan   2               : Encik Muhamad Salehudin b. Gimin
AJK Keselamatan  1            : Encik Mohd Sufian b. Sidek Haron
AJK Keselamatan  2            : Encik Idris b. Mohd Jalani
 

Semoga dengan pelantikan ini, setiap AJK dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya. Harapan kami pada tahun ini juga supaya aktiviti sepanjang tahun 2014 dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya di bawah pimpinan pengerusi baharu.